Powered By Blogger

Rabu, 9 April 2014

SEL SEBAGAI UNIT ASAS KEHIDUPAN

APAKAH ITU SEL?

Sel merupakan unit asas kehidupan.Tubuh kita dibina daripada berjuta-juta sel tetepi kita tidak dapat melihatnya.Sel ialah unit yang terkecil di dalam organisma hidup.Sel sangat kecil dan hanya boleh dilihat di bawah mikroskop.

MIKROSKOP

Mikroskop merupakan sebuah alat topik yang membantu kita melihat objek seni seperti sel.
Terdapat dua jenis mikroskop:
a)Mikroskop cahaya
b)Mikroskop elektron

Bahagian-bahagian mikroskop
  


CARA MENGGUNAKAN MIKROSKOP

1.Letakkan mikroskop di atas meja dengan bahagian lengan mikroskop menghala ke arah   anda.

2.Putarkan kanta objek kuasa rendah sehingga anda mendengar bunyi klik.Pastikan kanta objek itu berada betul-betul di atas lubang pada pentas.

3.Laraskan diafragma dan cermin supaya jumlah cahaya yang masuk adalah maksimum.

4.Letakkan slaid yang mengandungi spesimen di atas pentas mikroskop dan kepitkan dengan klip mikroskop.

5.Putarkan pelaras kasar supaya kanta objek kuasa rendah itu ditunkan secara perlahan-lahan sehingga menghampiri slaid kaca.

6.Sambil melihat melalui kanta mata,putarkan pelaras kasar untuk menaikkan kanta objek supaya spesimen pada slaid kaca dapat dilihat dengan lebih jelas.

7.Putarkan pelaras halus bagi mendapatkan imej yang lebih tajam.

8.Apabila imej spesimen sudah dapat dilihat melalui kanta mata,tukarkan kanta objek kuasa rendah daripada 4x ke 10x dan seterusnya ke 40x untuk memperbesarkan saiz imej.

GAMBAR DAN STRUKTUR SEL HAIWAN
GAMBAR DAN STRUKTUR SEL TUMBUHAN



ORGANISMA UNISEL
a)Paramesium
b)Ameba
c)Euglena
d)Bakteria
e)Yis
f)Klamidomonas

ORGANISMA MULTISEL
a)Spirogira
b)Mukor
c)Hidra   

 ORGANISASI SEL DALAM BADAN MANUSIA
a)Sel pipi
Melindungi permukaan dalam pipi
b)Sel otot 
Mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan
c)Sel saraf
Membawa maklumat ke seluruh badan
d)Sel darah merah
Mengangkut oksigen ke seluruh badan
e)Sel darah putih
Melindungi badan dari penyakit dan menghapuskan bakteria dan virus
f dan g)Ovum(sel pembiakan lelaki) dan sperma(sel pembiakan perempuan)
Proses pembiakan manusia

Organisasi sel
Sekumpulan sel  membentuk tisu
Sekumpulan sel mempunyai struktur dan fungsi yang sama membentuk tisu.Contoh,sel otot membentuk tisu otot dan sel saraf membentuk tisu saraf.Tisu otot berupaya untuk mengecut dan menegang untuk menghasilkan pergerakan.Tisu saraf membawa maklumat ke seluruh badan.

Sekumpulan tisu membentuk organ
Beberapa jenis tisu yang berbeza membentuk organ.Contoh:Otak,mata,hidung,peparu

Sekumpulan organ menjadi sistem
Sekumpulan organ bekerjasama untuk membentuk sistem.Contoh:Sistem saraf,sistem rangka,
sistem otot

Sekumpulan sistem membentuk organisma
Pelbagai sistem berfungsi secara berpadu untuk membentuk manusia,iaitu salah satu organisma multisel.

Urutan organisasi sel
Sel-->Tisu-->Organ-->Sistem-->Organisma

MANUSIA IALAH ORGANISMA YANG KOMPLEKS
1.Manusia boleh melakukan pelbagai aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh organisma lain.
2.Manusia lebih bijak daripada organisma lain     

   

1 ulasan: